Pages

Wednesday, November 21, 2012

SOALAN LAZIM



1) Saya mengalami keputihan yang agak teruk,boleh kah saya mengguna PRK sedangkan saya belum berkahwin?


PRK adalah Serum DH-5 utk menghilangkan jangkitan keputihan dan PPW digunakan sebagai pencuci intim untuk memberi perlindungan daripada jangkitan yang mungkin berulang.Kedua dua produk ini selamat digunakan oleh anak dara juga disebabkan Serum DH-5 hanyalah cecair dan menggunakan semburan yang halus yang tidak akan memudaratkan selaput dara.



2) Saya ada banyak keputihan dan sedang hamil ,boleh kah saya menggunakan produk ini?
Boleh cuma cara nya berbeza sedikit dari wanita yang tidak hamil.Pengunaan Serum hanya disemburkan keatas pad/pantyliner sehingga lembab dan guna 1-2 jam 2 kali sehari.PPW boleh digunakan seperti biasa.Wanita hamil tidak digalakkan menyembur serum kedalam faraj,takut udara meresap dan menggangu bayi didalam kandungan.


3) Selepas menggunakan Serum DH-5 selama 3 hari,saya dapati keputihan keluar semakin banyak dan rasa gatal yang amat sangat?
Ramai juga antara wanita yang panik kerana keputihan keluar dengan banyaknya ketika menjalani proses rawatan Serum DH-5 & PPW.Pada hakikatnya ini adalah sesuatu yang positif,cecair keputihan yang disedut keluar tadi telah keluar bersama bakteria ,parasit,yis atau kuman yang menyebabkan jangkitan.Jika dibiarkan tanpa dirawat, jangkitan akan merebak dan bahayanya bila bakteria yang melekat/tersumbat di dinding vagina dibiarkan menyerang uterus serta menghadang tiub fallopian,ini boleh mengakibatkan seseorang itu sukar mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat barah servik. Anda di nasihatkan meneruskan rawatan sehingga pulih sepenuhnya,jika gatal tidak tertahan anda boleh menggunakan PPW untuk menyapu/mencuci atau sembur sedikit Serum DH-5 ditempat yang gatal tadi tanpa membilas.


4) Saya mengalami keputihan yang tidak beberapa teruk,produk yang mana harus saya beli?
Keputihan walaupun tidak teruk masih tetap infeksi,anda boleh rawat dengan Terapi PRK dan selepas pulih 100% hanya guna PPW sahaja untuk perlindungan.Bagi wanita yang tiada simptom infeksi boleh guna PPW sahaja untuk perlindungan.


5) Bahagia kemaluan saya berbiji. Kadang kala jika saya ingin bersama dgn suami, saya kurang selesa di sebabkan kemaluan saya berbau. Cecair wanita bila bersama suami boleh mengeluarkan bau ke?

Menurut pada simptom yg ceritakan disini,saya pasti ia adalah jangkitan Bacterial Vaginosis (BV) yg akan berlaku akibat tidak kesimbangan flora bakteria.BV tidak lah terlalu bahaya tetapi jika dibiarkan akan mengakibatkan ia menular keorgan berdekatan seperti urinary tract dsb.Simptom yg paling ketara ialah cecair berbau & tumbuh biji merah.Pakej Rawatan Keputihan (PRK) Dr Herba dapat menghilangkan jangkitan ini dlm masa 10 hari shj.

APA ITU KEPUTIHAN?

Rata-rata jika diambilkira latarbelakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya. 

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”.

Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. 

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan

Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi

Sunday, November 18, 2012

PPW Classic




PPW Classic
(125ml)

Estrak herba cnidium dengan pH 3.8 berfungsi menghilangkan kegatalan,anti alergi juga berfungsi sebagai pelindung dari jangkitan berulang selain bahan aktif ‘osthole’ dalam banyak kajian didapati bersifat anti tumor dan anti barah. 

(KKM REG : NOT130603184K)


.
Merupakan Pembersih Peribadi berherba Yang PERTAMA Keluaran Bumiputera Islam Malaysia difomulasi pH 3.8 setanding atau mungkin lebih baik berbanding produk keluaran Syarikat Antarabangsa yang rata-rata pH 3.8-4.2. Ditambah pula herba cnidium yang juga mengandungi bahah aktif 'osthole'. Kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Taiwan telah berhasil menemukan bahan aktif “osthole” sebagai anti tumor dan berfungsi melawan sel-sel kanser.

Satu lagi kajian telah dilakukan terhadap 9,165 wanita berusia 18-97 tahun selama 4 tahun oleh Division of Cancer Epidemiology and Genetics, DHHS, National Cancer Institute, National Institutes of Health yang berpengkalan di Bethesda, Maryland tentang kaitan antara pH faraj dan virus hpv telah mendapati pH faraj yang meningkat >4.5 adalah tanda aras yang penting bagi jangkitan jenis-jenis virus hpv termasuk hpv 16 & 18 pembawa barah serviks.



100% DARIPADA ESTRAK HERBA CNIDIUM MONNEIRI KELUARAN TERBAIK DR.HERBA INDUSTRI.

Formula tradisional klasik estrak biji Cnidium tanpa bahan kimia dan hanya menggunakan buih anti alergi /Hypoallergenik yang tidak akan mengubah pH,tiada kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai pencuci intim bagi membantu :-

* Menghilangkan keputihan yang patologis
* Menghilangkan kegatalan semasa haid dan selepas bersalin
* Menghilangkan terus rasa gatal disekeliling vagina
* Menyah jangkitan bakteria/kulat candida,trichomonas dll
* Menyah toksik dari dalam
* Megecut dan megetatkan kembali vagina
* Menghilangkan gatal kulit disemua bahagian tubuh seperti,celah paha dll
* Mengeringkan luaran vagina yang melecet/luka
* Anti Tumor/Kanser
* Anti Gatal/Allergi
* Anti Bakteria/Kulat
* Anti Parasit
* Anti Virus




"Memberi Perlindungan sepanjang masa
Menghilangkan kegatalan
Menganjalkan kembali kulit sekitar faraj"



Saturday, November 17, 2012

SERUM DH-7




Serum DH-7 

Formulasi 5 jenis herba diestrak secara biotek yang
 bertindak secara holistik melawan jangkitan mikro organisma penyebab keputihan. 

(KKM REG : NOT130603183K)


Serum DH-7 adalah formula rawatan semulajadi 100% dari 5 jenis herba anti keputihan yang dapat menghilangkan kerungsingan,perasaan malu dan rendah diri anda ketika mengalami keputihan yang kronik.Keyakinan diri anda akan kembali semula setelah mendapatkan sentuhan formula unik ini.Kini episod keputihan anda telah sampai ke penghujungnya.Formula ini telah di cuba keatas 155 wanita Malaysia yang mengalami keputihan patologis dan didapati 100% berkesan tanpa sebarang kesan sampingan.

Antara Simptom Keputihan Abnormal Yang memerlukan Rawatan Serum DH-7 :-
  • Keputihan yang berwarna putih atau kekuningan,berlaku secara berterusan disertai rasa gatal - Jangkitan Kulat Candida atau Monillia
  • Keluarnya Cairan Berwarna Kehijauan Serta Rasa Gatal - Jangkitan Kuman Trichomonas
  • Keluarnya Cairan Berwarna Kelabu Dan Berbau - Jangkitan Bakteria Vaginosis
  • Keluarnya Cairan Yang Bersifat "Cheesy" Berbau Dan Bercampur Darah - Penyakit Yang Menular Melalui perhubungan Seks Atau STD

Antara Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Jika Tidak Dirawat :-
  • Kemandulan Akibat Rosaknya Organ Reproduksi Terutama Saluran Fallopian
  • Gangguan Haid
  • Barah Servik
  • Jangkitan Saluran Kencing
  • Jangkitan Pada Pasangan Sek
  • Kesakitan DLL

Untuk Mendapatkan Kesan Yang Terbaik Sila Ikut Panduan Rawatan Yang Diberikan :- 
1. Serum DH-7 Hanya digunakan untuk 10 hari sahaja dengan cara semburan terus kedalam faraj  sehingga rata 2 atau 3 kali sehari tanpa membilas dengan air.

2. Jika belum pulih sepenuhnya,sambung semula selepas berehat selama 7 hari(Biasanya 10 hari sudah mencukupi).Berhenti terus setelah yakin sudah pulih sepenuhnya. 

3. Anda dinasihatkan meneruskan pengunaan PPW sebagai agen pelindung dari jangkitan.Perbanyakan diet yogurt & sayuran hijau,berhenti guna Serum ketika haid,cuma guna PPW shj. 

p/s : Wanita hamil hanya guna Serum atau PPW secara luaran shj bagi menghilangkan kegatalan & bagi pasangan lelaki/suami yang dijangkiti boleh menggunakan kaedah rawatan yang sama seperti wanita.  

Ramai juga antara wanita yang panik kerana keputihan keluar dengan banyaknya ketika menjalani proses rawatan Serum DH-7 & PPW.Pada hakikatnya ini adalah sesuatu yang  positif,cecair keputihan yang disedut keluar tadi telah keluar bersama  bakteria ,parasit atau kuman yang menyebabkan jangkitan.Jika dibiarkan tanpa dirawat, jangkitan akan merebak dan bahayanya bila bakteria yang melekat/tersumbat di dinding vagina dibiarkan menyerang uterus serta menghadang tiub fallopian,ini boleh mengakibatkan seseorang itu sukar mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat barah servik. 

Komposisi Formula Herba :
Zanthoxli Bungeani 15%,Radix Stemonae 15%,Radix Sophorae 15%,Cnidium Monneiri 15% & Alum 15%

9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIH TERAPI HERBA PAKEJ RAWATAN KEPUTIHAN (PRK)

Sebab Pertama: Masalah Boleh Diatasi Dalam Masa 10 Hari
(Anda disenangi suami dan berkeyakinan diri)

Sebab Kedua: 100% Herba Keluaran Bumiputera Islam
(Saudara seislam yang menghasilkan produk ini)

Sebab Ketiga: Jaminan Halal,Selamat, Dan Bersih
(Insyaallah halal kerana 100% herba)

Sebab Keempat: Merawat Jangkitan Dan Bukan Mencegah
(kebanyakan produk jamu dan lain-lain hanya bersifat
sementara untuk menghilangkan kegatalan )

Sebab Kelima: Jimat Kos Dan Masa
(tidak perlu berulangkali ke klinik dan akhirnya hasil
tidak juga sembuh)

Sebab Keenam: Terapi di Rumah Dan Mudah
(tidak perlu orang lain tolong,malah anda sendiri
yang terapi diri anda)

Sebab Ketujuh: Mengatasi Macam-macam Kompilasi Bahaya
(bayangkan anda isteri yang sihat,apa anda rasa)

Sebab Kelapan: Penggunaan Yang Mudah Dan Bersih
(Sesuai untuk mereka yang sibuk kerana mudah dan cepat)

Sebab Kesembilan: Mudah Dibawa Ke Mana-Mana
(Produknya yang kecil dan tidak berat mudah dibawa tidak kira anda ke mana)

TESTIMONI 1

Email dari Pn Canie,kota kinabalu yang minta disiarkan

Asalammualikum...

Syukur alhamdulillah... selepas saya menggunakan Produk ini, saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah dipertemukan dengan produk ini. Selama hampir setahun saya berulang alik ke klinik sebelum ini, ubat yang sama akan diberikan iaitu antibiotik tetapi dengan produk ini saya amat terkejut kerana dalam masa yang singkat sahaja keputihan yang saya alami sudah beransur pulih. Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan penggunaan PPW untuk perlindungan jangka panjang.

Saya juga ingin bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan "suami juga boleh menggunakan kaedah atau proses rawatan seperti wanita? harap akak dapat terangkan lebih lanjut lagi kerana saya juga mahu suami saya menggunakan produk ini untuk keselesaan bersama.

Saya harap, akak dapat post email saya ni di ruangan website dan semoga dapat menjadi rujukan yang berguna kepada wanita lain. Saya ingin berkongsi masalah yang saya alami sehinggalah saya bertemu dengan Produk Dr.Herba ini.

Pada mulanya, saya mengalami keputihan ini sejak hampir 6 bulan yang lalu. Pertama kali saya berjumpa dengan doktor dia telah memberikan saya sejenis antibiotik anti fungal( flagyl) dan memberitahu saya jika ia berulang kembali dia menyarankan saya untuk ke klinik semula. Antibiotik sememangnya berkesan tetapi selepas sebulan, keputihan itu kembali lagi dan amat merungsingkan saya. Saya ke klinik semula dan kali ini doktor memberi saya ubat yang perlu dimasukkan ke dalam faraj dan mengesyorkan saya pencuci peribadi wanita jenis shampu. keadaan ini berulang-ulang. Apa yang membimbangkan saya ialah keputihan saya bukan bertambah baik malah kerap berulang. Saya semakin risau dan murung sehinggalah suami saya menegur saya. Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang saya harus buat dengan masalah saya dan hubungan dengan suami agak terjejas pada ketika itu. Saya tidak mahu berdiam diri dan cuba melayari internet untuk mendapatkan sebarang informasi dan rawatan keputihan dan akhirnya berjumpa dengan website Dr.Herba dan pada masa itu, harapan saya menggunung tinggi dengan harapan dan doa agar saya dapat sembuh. Selepas saya mendapatkan nombor telefon stockis/agen produk ini, sedikit rasa takut kerana tidak pernah mencuba produk ini dan selepas 2 hari memikirkan samada saya mahu mencuba atau tidak produk ini saya telah beranikan diri untuk mencuba produk ini. Alhamdullilah, setelah saya menggunakan produk ini saya begitu selesa.

saya cuma menggunakn produk ini selama 6 hari dan keputihan disedut keluar dengan banyak. Saya berhenti menggunakan serum pada hari ketujuh proses rawatan kerana datang haid dan meneruskan penggunaan serum selepas habis haid dan selepas berehat beberapa hari sehingga haid saya benar-benar habis. Pada masa tu, keputihan saya masih ada tetapi tidak banyak dan saya teruskan juga penggunaan serum dan dalam masa 3-4 hari saya berasa keputihan saya telah beransur pulih dan hubungan saya bersama suami semakin intim. saya mengamalkan minuman yogurt dan lebihan yogurt serta sayuran hijau.

Saya telah mengesyorkan seorang rakan saya yang juga mengalami masalah yang sama, dan dia juga ingin mencuba produk Dr.Herba ini, cuma saya tidak tahu bagai mana untuk menerangkan kepada rakan saya tentang penggunaan serum pada pad dan cara untuk menggunakannya dengan lebih lanjut kerana saya cuma lakukan proses rawatan dengan semburan terus kedalam faraj.

Selepas ini saya akan order lagi.


Terima Kasih
.

Canie 26
kota kinabalu sabah.





Puan Jamaliah 42 tahun dari Kuala Rompin-Saya hanya ada sedikit keputihan yang biasa aje,sejak menggunakan produk Dr Herba ,baru saya sedar akan keputihan yang tersembunyi dipangkal rahim.Mulanya saya agak terkejut kerana ketulan keputihan kekuningan keluar dengan banyaknya,rupanya ia adalah ketulan keputihan yang tersumbat dan akan menjadi bahaya jika tidak dikeluarkan.Alhamdulillah,saya merasa lebih selesa dan berterima kasih kepada Dr Herba Industries